Tony Jaa Ugut Bunuh Diri Demi Tomoi


Tony Jaa Ugut Bunuh Diri Kerana Tomoi

BAGI anda yang pernah menonton filem Thailand, Ong Bak sekitar tahun 2003, pasti anda jatuh cinta dan kagum dengan aksi yang ditonjolkan oleh pelakon utamanya, Tony Jaa.

Terbaru, pelakon itu bakal beraksi dalam sebuah lagi filem sekuel, Tom Yum Goong 2 yang dijangka menemui penonton di pawagam pada 24 Oktober nanti.
Kelebihan Tony dalam melakonkan filem aksi pastinya pada seni tomoi atau Muay Thai yang sudah didalaminya sejak kecil lagi.
Lebih menarik, dia juga merupakan pakar dalam permainan pedang, gimnastik dan tekwando.
Menjadikan pelakon Bruce Lee, Jackie Chan, Vince Lam dan Jet Li sebagai sumber inspirasi, Tony pernah mengugut bapanya untuk membunuh diri jika tidak dibenarkan belajar seni mempertahankan diri itu sewaktu berusia 10 tahun.
Ternyata penampilan pelakon itu dalam beberapa filem aksi di negara mendapat perhatian pengarah Hollywood.
Tony kini ditawarkan untuk bergandingan dengan Vin Diesel dan Paul Walker dalam filem Fast and Furious 7 yang bakal ditayangkan pada tahun hadapan.


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Networks Media All Rights Reserved