Cha Cha Maembong Kritikal Patah Tangan Kanan


Adik kepada Emma Maembong iaitu Chacha Maembong dilaporkan patah di bahagian pergelangan tangan kanannya akibat terjatuh di lokasi penggambaran drama slot akasia, malam tadi.
Media Hiburan online yang menghubungi pengurusnya iaitu Faliq, mengesahkan hal tersebut.
“Ya, Chacha Maembong terjatuh selepas keluar dari tandas. Mula-mula dia diamkan saja tetapi selepas kesakitannya mulai terasa, dia memberitahu pihak produksi. Kemudian dia dibawa ke klinik.
“Melihatkan sesuatu yang dirasakan serius, doktor merujuknya ke hospital. Selepas menjalani imbasan x-ray, doktor mengesahkan pergelangan tangannya retak. Tangan Chacha Maembong perlu disimen untuk tempoh tiga minggu,” ujar Faliq.
Sila SHARE
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Networks Media All Rights Reserved