Ratu Dunia Diejek Pembantu Rumah



Kemenangan Megan Young sebagai Ratu Dunia pada tahun ini nampaknya kurang dipersetujui banyak pihak terutama yang suka bersifat perkauman. Hinggakan, sebuah laman Facebook mengutuk Megan telah diwujudkan.


Perkara ini menyakitkan hati pelayar internet dari Filipina apabila wakil dari negara mereka itu digelar sebagai ‘pembantu rumah’ dan kemenangan itu satu perkara lawak.

Selain Facebook, kritikan terhadap kemenangan Megan turut diluahkan di Twitter, antaranya berbunyi: ‘Miss Philippines is Miss World? What a joke! I did not know those maids have anything else in them Ha Ha Ha’

Seorang pemilik akaun dari Singapura turut memberikan komen melampau apabika merujuk perempuan Filipina sebagai miskin, berbau dan tidak berpelajaran.

Akibatnya, Facebook yang mengutuk Megan menjadi medan pertengkaran antara pengomen yang bersifat perkauman dengan pelayar internet Filipina yang marah.

Megan ditabalkan sebagai Ratu Dunia pada Sabtu lepas di Bali, Indonesia. Kemenangannya mencatat sejarah sebagai wakil pertama dari Filipina yang berjaya memenangi gelaran tersebut.

Selain menjadi sasaran pihak yang tidak bersetuju dengan kemenangannya, gambar-gambar lama Megan ketika beraksi seksi sebagai model turut tersebar selepas kemenangannya.
sumber: http://aiskosong.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Networks Media All Rights Reserved