LOS ANGELES, 17 JUN 2013: Nampaknya ada perkembangan yang cukup menarik mengenai kehidupan peribadi bintang pop dunia yang digilai ramai remaja wanita, Justin Bieber. Khabarnya, selepas berpisah dengan Selena Gomez, dia kini dilihat sudah mampu meneruskan hidupnya tanpa gadis comel itu di sisinya lagi.
Malah, dia juga sudah mula dilihat keluar dengan gadis lain dan gadis itu juga sangat popular serta dikenali sepertimana Selena Gomez. Siapa lagi kalau bukan Miley Cyrus yang kini dilaporkan sudah pun single selepas putus tunang dengan aktor Liam Hemsworth pada bulan lalu.
Justin Bieber, 19, serta Miley Cyrus dilihat telah menghabiskan saat-saat yang menyeronokkan pada parti minggu lalu yang diadakan di Beacher's Madhouse di Hotel Roosevelt sebelum meninggalkan premis tersebut bersama-sama.
Pasangan ini dilaporkan sudah berkawan selama beberapa tahun tetapi pada malam selepas parti itu itu mereka telah dikhabarkan telah bersama sehingga lewat malam. Buktinya, kereta Audi Justin Bieber dilihatkeluar dari kediaman Miley Cyrus.
Sumber:Murai.com
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment