Majlis Perkahwinan Manusia Paling Tinggi Di Dunia


Sutan Kosen berjaya mendapatkan perempuan dambaan hatinya. Perkahwinan yang menarik perhatian dunia, Sutan adalah lelaki tertinggi di dunia dan menikahi perempuan yang tingginya separuh dari tingginya .

Lelaki tertinggi didunia yang mempunyai tinggi badan 2,53 meter menikahi Merve Dibo yang mempunyai ketinggian 1.7 meter. Merve yang tergolong tinggi untuk saiz Asia , masih terlihat kerdil ketika bersanding dengan Sutan .

Sutan sudah lama mencari seorang isteri dan sering kali gagal. Ia pernah putus asa hingga akhirnya menemui Merve . "Sekarang saya ada kehidupan sendiri dan kehidupan peribadi. Saya mungkin kurang beruntung mencari perempuan bersaiz saya . Tetapi , sekarang saya sudah mencari pasangan yang sesuai untuk saya, "kata Sutan .

Berdasarkan Guinness World Record, Sutan adalah lelaki tertinggi di dunia sekaligus yang mempunyai telapak tangan dan kaki yang sangat lebar . Dia merupakan salah satu daripada lapan orang tertinggi di dunia dan merupakan yang pertama dalam sepuluh tahun terakhir.

Beliau yang di rekodkan tertinggi di dunia pada Ogos 2009, kerana tinggi badanya melebihi lelaki yang berasal dari China yang tercatat sebagai yang tertinggi, yakni Bao Xishun .

Tinggi dan berat badannya yang tergolong raksasa itu akibat dari kelainan genetik yang ia deritai, yakni pituitary gigantism , sebuah kelainan yang menyebabkan tubuhnya terus menerus menghasilkan hormon pertumbuhan.


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Networks Media All Rights Reserved