Gwyneth Paltrow Kini Bergaya Seksi



Gwyneth Paltrow cuba membuktikan bahawa beliau bukan sahaja 'wanita tercantik di dunia' malah berani memperagakan apa jua fesyen yang dipakainya.


Pelakon wanita yang baru-baru ini dinobatkan oleh majalah People sebagai wanita tercantik di dunia, muncul di tayangan perdana 'Iron Man 3' di Hollywood dengan gaya konservatif dari pandangan hadapan tetapi amat telus dan jarang dari tepi.

Wanita berusia 40 tahun dan ibu kepada dua anak ini memilih tidak memakai seluar dalam ketika mengenakan gaun rekaan Antonio Berardi yang menampakkan keseluruhan kakinya hinggalah paras pinggang dari bahagian tepi tubuhnya.

"Ianya sangat jarang," kata Paltrow yang menyedari gaunnya itu amat jarang hingga hampir menampakkan asetnya kepada wartawan E! News.

"Saya rasakan ianya amat cantik seolah-olah seperti superhero yang sedang muncul," katanya.



Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Networks Media All Rights Reserved