Pelakon, Izzue Islam akui terkejut apabila dia didakwa tidak berdisiplin selepas berkahwin dalam ruangan gosip sebuah akhbar tempatan pada Ahad lalu.
Namun Izzue berkata dia pernah beberapa kali datang lewat daripada waktu call time sebenar tetapi kelewatannya itu belum pernah menjejaskan kerja seluruh kru produksi termasuk pelakon.
"Saya ada baca mengenai gosip ini tetapi saya agak terkejut bila ianya timbul, lebih-lebih lagi apabila saya didakwa hanya bekerja dengan cincai sahaja.
"Tapi saya ingin minta maaf mungkin ada yang saya terlepas pandang atau tak sedar sehingga telah menyebabkan pihak lain merasakan ianya tidak memuaskan.
"Namun saya akui saya pernah beberapa kali datang lewat sedikit daripada masa call time yang diberi. Lewat sedikit tu biasalah kerana biasa habis shooting biasanya jam 3 pagi dan call time esoknya pula jam 8 pagi.
"Namun ianya tidaklah sampai menyusahkan kru sehingga perlu menunggu lama. Yang penting saya akan sampai sebelum penggambaran bahagian babak saya bermula," katanya yang ditemui selepas sesi fotografi filem Hantu Tok Mudim di KRU Studios, tengahari tadi.
Dalam ruangan gosip itu, Izzue dikatakan tidak fokus pada kerja selepas berkahwin sehinggakan menjejaskan disiplin serta kerjanya yang dianggap cincai.
Anggota kumpulan Forteen itu baru sahaja berkahwin dengan pengurusnya, Awin Nurin pada 2 Jun lalu.
Menurut Izzue lagi, dia adalah seorang yang jenis komited pada kerjanya dan bukan pelakon yang mengambil lebih daripada satu tawaran lakonan dalam satu masa.
"Selalunya apa jua tawaran yang saya terima saya akan berbincang dengan pengurus saya serta produser yang menawarkan lakonan itu supaya waktu serta jadual saya diatur dengan baik. Setakat ni, saya belum terima apa jua complain dan teguran daripada mana-mana produksi mengenai disiplin saya.
"Malah bagi memastikan disiplin serta kerja saya berjalan dengan baik, saya telah banyak menolak tawaran berlakon lain yang datang ketika saya sedang terikat dalam sebuah produksi. Saya bukan jenis artis yang ambil banyak job dalam satu masa," jelasnya lagi.
sumber : http://www.murai.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment