Jangan sebar foto perut bunting Yasmin Hani


Itulah permintaan pelakon dan pengacara Yasmin Hani setelah menyedari beberapa keping gambar peribadinya yang memperlihatkan keadaannya yang tengah sarat mengandung itu tersebar meluas di internet melalui laman sosial yang juga blog


Mengenai foto yang disebarkan itu, Yasmin dianggap begitu seksi dan disekitar perutnya dilukis cantik dengan lukisan bentuk dedaun. Ekoran daripada penyebaran gambar perut bunting itu dia turut dikecam oleh peminat di laman sosial

Menjelaskan tentang foto tersebut, Yasmin Hani memberitahu kepada media bahawa gambar itu diambil ketika sesi fotografi beberapa minggu lalu dan ia adalah sebagai gambar kenang-kenangan seumur hidupnya dan juga sekeluarga

Menerusi laman sosial Twitter, Yasmin Hani turut meluahkan rasa kesal kepada pihak yang menyebarkan gambar tersebut dan mengklasifikasikan mereka telah mengaibkan dirinya

Dalam pada itu, Yasmin Hani juga tidak tahu bagaimana foto tersebut boleh tersebar dengan begitu meluas sedangkan dia sendiri tidak memuat naikkan gambar-gambar itu di mana-mana laman sosial miliknya

Sebagai makluman, Yasmin Hani dijangka bersalin anak pertama hasil pernikahannya dengan Sha’arin pemain drum kumpulan Black Rose pada November depan.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Networks Media All Rights Reserved