Isteri Harith Iskander Selamat Melahirkan Anak Kedua

Walaupun sibuk dengan pementasan komedi Kings & Queen of Comedy di Singapura pada malam ini, sikit pun tidak menghalang pelawak terkenal Harith Iskander menyambut kelahiran orang baru iaitu anak keduanya berjantina perempuan hasil perkongsian hidup dengan Jezamine Lim.

Isteri Harith Iskander selamat melahirkan seorang bayi perempuan sekitar jam 11.26 pagi tadi. Mungkin sekarang ni musim artis dapat anak kot. Baru semalam, penyanyi Nurul Wahab juga turut dikurniakan seorang cahaya mata. 

Namun, gambar anak Nurul Wahab masih belum dapat dikongsikan di media sosial.
Comelnyaaaaa…. bulat dan putih melepak.

Ini adalah anak kedua selepas kelahiran Zander Xayne Iskander. Berapa berat bayi ni dan apa namanya masih belum diketahui setakat ini.

Yeay, baby girl. Tahniah Budiey ucapkan buat Harith. Semoga anak yang cukup sifat ini terus sihat dan membesar dengan cerianya. Harith telah pun berkongsi gambar dan berita gembira ini menerusi akaun Twitter miliknya petang ini.


This little girl arrived at 11:26am. My wife is a champion. pic.twitter.com/YNbRWufuBt
— Harith Iskander (@HarithIskander) October 4, 2013

Tahniah buat Harith Iskander & Jezamine Lim sekeluarga atas kelahiran orang baru ini.

Harith Iskander & Jezamine mendirikan rumahtangga pada Julai 2010 dan dikurniakan seorang anak lelaki sebelum ini, Zander Xayne Iskander.
sumber : http://www.budiey.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Networks Media All Rights Reserved