Sejak awal pembabitannya, pelakon muda ini tidak habis-habis bikin kontroversi. SS tidak tahu mengapa dia jadi begitu, mungkin itu cara dia meraih populariti. Maklumlah pelakon ini baru saja membabitkan diri dalam bidang seni.
Mungkin tidak boleh tunggu lama untuk popular dia sengaja buat apa saja perkara yang boleh mencetuskan kisah hangat untuk terus diperkatakan ramai. Lagipun sekarang ini ramai artis yang muncul sehingga ada SS sendiri tidak kenal dan selepas menonton drama atau filem mereka baru SS tahu siapa mereka.
Namun, SS tidak faham kenapa masih ada lagi artis yang menggunakan cara seperti ini untuk meraih publisiti sedangkan ma-syarakat kini sudah bijak menilai. Walaupun rupa tidak seberapa tetapi jika lakonan anda bagus dan memberi kesan mendalam pasti mereka semua akan suka dan terus mengikuti perkembangan anda.
Banyaklah contoh artis yang rupa tidak seberapa tetapi popular dan disukai ramai. Tidak perlulah SS cakapkan di sini bimbang ada yang berkecil hati pula dengan SS kerana kalau disebutkan nama mereka pasti semua kenal.
Berbalik pada pelakon tadi, baru-baru ini SS sendiri terserempak dengannya di sebuah pasar malam. SS agak itu kekasihnya kerana mereka nampak mesra sambil jalan berpegangan tangan.
Sudahlah begitu, yang menyakitkan mata SS adalah pakaiannya. Kalau sesiapa yang melihat pasti setuju dengan apa yang SS katakan. SS sendiri tidak pasti adakah memang gaya penampilannya begitu atau sengaja mencari perhatian.
Ialah setakat berjalan-jalan di pasar malam perlukah memakai pakaian menjolok mata sehingga menampakkan baju dalam kita?
Kasihan pun ada SS de-ngan pelakon ini ibarat seperti orang kurang didikan agama. Lagipun kita ini berada di Malaysia bukan negara Barat yang boleh sesuka hati pakai baju ‘tidak cukup kain’ apatah lagi di tempat terbuka yang menjadi tumpuan keluarga, buat dicebik orang saja!
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment