Ramli Sarip, Rosyam Nor terima pingat Datuk


AYER KEROH: Papa Rock, Ramli Sarip dan aktor, Rosyam Nor akan menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob ke-75.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Naim Abu Bakar ketika mengumumkannya hari ini, berkata kedua-dua artis itu akan menerima darjah kebesaran negeri terbabit pada sesi kedua penganugerahan pingat, Ahad ini.

"Kerajaan negeri menghargai sumbangan mereka dalam dunia hiburan, khususnya di Melaka," katanya.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Networks Media All Rights Reserved