Biarpun nama pelakon, Adrea Abdullah, 36, masih belum familiar di kalangan peminat hiburan tempatan, namun pelakon lebih senang menjadi dirinya sendiri apabila tampil dengan pakaian yang agak menjolok mata dan seksi.
Adrea Abdullah yang ditemui murai.com.my mengakui penampilannya itu memang agak daring, namun dalam waktu yang sama dia tidka suka bersikap hipokrit.
"Saya seorang yang jujur dan suka buat hal sendiri. Malah, apa jua yang saya lakukan adalah datang dari hati saya sendiri kerana terus-terang saya tak mahu jadi hipokrit.
"Saya akui memang pakaian yang saya pakai semuanya agak daring tapi sebenarnya saya cuba untuk menjadi muslim yang baik. Lagipun tak semua orang sempurna," katanya yang ditemui murai.com.my selepas selesainya sesi fotografi filem Hantu Tok Mudim di KRU Studios, tengahari tadi.
Disebabkan penampilannya yang agak kurang disenangi oleh segelintir masayarakat, Ibu tunggal kepada seorang anak berusia 8 tahun ini akui dia pernah dilontarkan dengan kata-kata negatif.
Namun Adrea berkata dia mengambil tindakan dengan menyekat mereka di Facebook atau laman sosial lain.
"Saya pernah dilontarkan dengan kata-kata serta komen negatif di Facebook dan Instagram tapi saya bertindak untuk mengelak daripada berkomunikasi dengan mereka dengan menyekat mereka daripada laman sosial saya/
"Pada saya senang sahaja, janganlah kita menilai seseorang itu daripada luaran. Malah orang tak ada hak untuk judge diri saya kerana hanya Tuhan yang tahu segalanya,"luahnya lagi.
Sementara itu, mengulas mengenai filem Hantu Tok Mudim, Adrea memberitahu dia suka akan wataknya sebagai Salmah kerana dia dapat tampilkan satu sisi yang berbeza dalam watak yang pernah dibawakan.
"Sebenarnya ramai yang tak tahu saya di luar atau bila bersama keluarga dan orang yang paling rapat dengan saya, saya sebenarnya seorang yang manja dan lembut hati. Cuma di TV dan lakon layar sahaja saya banyak bawakan watak antagonis.
"Jadi saya suka apabila watak saya sebagai Salmah dalam filem ini adalah diri saya sebenar bila di luar. Cuma saya perlu lebih keanak-anakan sedikitlah untuk sesuaikan dengan watak saya sebagai anak dara di dalam filem ini," jelasnya.
Selain Adrea, filem bergenre seram komedi itu turut menampilkan Izzue Islam, Soffi Jikan , AR Badul dan ramai lagi. Filem arahan Wan Mohd Hafiz Wan Hussei ini bakal menemui penonton di seluruh pawagam bermula 21 November ini.
sumber : http://www.murai.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment