Mata Julie Dahlan Perlu Dibedah Segera Elak Buta


KUALA LUMPUR 24 Okt. - Penerbit dan pelakon Julie Dahlan, 60, berkemungkinan buta jika lambat menjalani pembedahan.

Ini kerana sejak April lalu, Julie atau nama sebenarnya, Junaidah Dahlan, disahkan menghidap penyakit kencing manis dan buah pinggang.


Menurut anaknya, Hanny Harmi, 32, gara-gara penyakit yang dihidapi itu, ibunya kini tidak dapat melihat dengan jelas.

"Sekarang ini kami sekeluarga sedang kumpul wang dan berharap ibu dapat menjalani pembedahan dengan segera.

"Sekiranya, ada pihak seperti persatuan-persatuan artis atau sesiapa sahaja yang boleh membantu ringankan bebannya, memang kami alu-alukan," katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.

Tambah Hanny, sekarang ini ibunya terpaksa menjalani rawatan buah pinggang sebanyak tiga kali seminggu dengan bayaran RM225 sekali rawatan. 

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Networks Media All Rights Reserved