Foto : Dynas Bertudung Demi Projek Memikat Suami




Baru-baru ini pelakon tinggi lampai, Dynas Mokhtar telah berkongsi beberapa foto terbarunya yang dilihat begitu cantik dan ayu bertudung.

Menerusi setiap caption yang dikongsikan, nampaknya imej tersebut merupakan watak lakonannya sebagai Najla untuk drama terbaru berjudul Projek Memikat Suami yang akan ditayangkan di saluran Astro Prima tidak lama lagi.


Selain Dynas, barisan pelakon lain yang turut terlibat dalam menjayakan drama itu adalah Emma Maembong dan Watie Elite.



Melalui ruangan komen foto-foto tersebut, ramai pengikut Dynas berharap agar suatu hari nanti pelakon kesayangan mereka ini akan terus berhijab dan bagi mereka, Dynas kelihatan lebih cantik dengan penampilan ayu seperti itu.

Segala teguran serta nasihat yang diberikan telah diambil secara terbuka dan Dynas juga berharap agar suatu hari nanti segala doa peminatnya itu akan dimakbulkan oleh yang maha Esa.

Dynas 5
sumber : http://www.ohbulan.com/
Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

Bertudung keranan watak dlm lakonan?bukan kerana takut akan hukum Allah s.w.t ??? Dunia semakin dkt dgn penghujungnya


4 October 2013 at 09:43

Post a Comment

 
© Networks Media All Rights Reserved