Mati Kena Tembak Di Kepala Jarak Dekat

Mati Kena Tembak Di Kepala Jarak Dekat

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala dalam sebuah kereta jenis Proton Perdana di Taman Johor Jaya, di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, mangsa berusia 24 tahun itu ditemui dalam keadaan berlumuran darah di tempat duduk pemandu oleh orang awam kira-kira jam 8.30 malam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa ditembak dari jarak dekat berdasarkan keadaan mayatnya ditemui selain polis turut menemui dua kelongsong peluru berbeza di tempat kejadian.

“Kita percaya penyerang melepaskan empat das tembakan di mana satu daripadanya terkena kepala mangsa menyebabkan dia mati di tempat kejadian. Manakala kenderaan yang dipandu mangsa didaftar atas nama orang lain beralamat di Pulau Pinang.

“Buat masa ini, polis masih menjalankan siasatan termasuk mengesan suspek yang terbabit dalam kejadian ini. Motif kejadian juga masih belum diketahui, namun kita akan siasat secara menyeluruh,” katanya, di sini semalam.

Roslan yang enggan mengulas lanjut berhubung kejadian memberitahu mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk dibedah siasat.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu supaya melaporkannya di mana-mana balai polis berhampiran.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian ini kerana dikhuatiri boleh mengganggu proses siasatan.

“Biar polis jalankan siasatan dan jika ada sebarang maklumat terus laporkan kepada kami untuk tindakan lanjut,” katanya. – SINAR HARIAN
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Networks Media All Rights Reserved