Ayu Raudhah Elak Berlakon Watak Peluk

Ayu Raudhah
Menghormati statusnya sebagai isteri dan ibu, pelakon kelahiran Alor Setar, Ayu Raudhah mengakui sebolehnya akan mengelakkan adegan berpelukan dengan artis lelaki dalam naskhah drama yang akan dibintanginya selepas ini.
Menurut aktres itu lagi, suaminya, Zaquan Adha tidak pernah menghalang dirinya untuk kembali aktif berlakon selepas melahirkan cahaya mata sulung mereka, Muhammad Aisy Qaiser pada Mac lalu.
“Suami saya tidak pernah menghalang untuk saya kembali berlakon. Dia juga tidak pernah menyimpan perasaan cemburu jika saya kembali berlakon atau berlakon dengan orang lain, kerana dia seorang yang sangat sporting.
“Tapi sebagai isteri orang, saya tahu di mana batas-batas yang perlu saya lalui. Takkan dengan status saya sekarang ini, saya mahu mengambil watak peluk? Itu sama sekali akan saya elakkan dan saya pasti ramai pihak faham dengan status saya sekarang ini,” ulasnya menerusi portal Murai.
Pasangan sama cantik sama padan ini telah melangsungkan pernikahan pada 20 Januari 2011 di kampung halaman Ayu yang terletak di Kedah.
Oleh: AUDREY LEE
Sumber: mynewshub
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Networks Media All Rights Reserved