Khabarnya, deejay and penyanyi dari negera seberang, Gusti Arya atau nama sebenarnya Gusti Nyoman Arya Yudistira sedang berusaha memikat pelakon jelita, Sherry Ibrahim.
Apapun, jangan panik dan terkejut kerana tujuan penyanyi berusia 24 tahun itu memikat Sherry adalah untuk berkolaborasinya dalam nyanyian bagi menghasilkan single pertama mereka diberi judul Flirting.
Menurut Gusti, kerjasama mereka ini bermula selepas dia diberitahukan oleh rakannya, Bambang tentang minat mendalam seorang pelakon Malaysia untuk menjadi penyanyi. Sejurus itu, beliau terus berjumpa dengan Sherry dan LOL Entertainment untuk berbincang dan mendapatkan kata putus.
"Ketika itu saya membuat persembahan di Bali, Indonesia. Kemudian Bambang yang merupakan jurusolek kepada Sherry datang bertemu saya dan memberitahu ada seorang teman pelakon di Malaysia yang ingin menjadi penyanyi. Kami berbincang dan ketika itu saya memperdengarkan dia kesemua lagu saya yang telah disiapkan.
"Kemudian, dia telah membawa lagu tersebut untuk diperdengarkan kepada Sherry dan menyukainya. Setelah itu, saya berjumpa Sherry dan LOL Entertainment untuk berbincang dan mereka setuju untuk bekerjasama. Mungkin kami juga akan melancarkan album mini termasuk bersama kesemua artis di bawah naungan LOL Entertainment."
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment