10 Punca Kenapa Lelaki Curang


Orang selalu kata, lelaki selagi tak cukup kuota 4, selagi tu mencari-cari. Maknanya, kalau dah cukup kuota 4, laki tu akan setia kepada yang 4 tu jelah ek? Mungkin.


 Kes-kes curang yang berlaku samaada di Malaysia mahupun di negara-negara lain selalu dikaitkan dengan lelaki. Kenapakah lelaki ni selalu je buat pasal dan cari pasal walaupun dah punyai bini/awek yang baikhati, suci, mantap, dan masih lagi bergetah-getah.

Beberapa punca telah dikenalpasti dan diolah menjadi satu bentuk artikel mudah oleh Skuad Pencarian Sebab Munasabab

1) Kaya

- curang selalunya dikaitkan dengan berharta. Lelaki yang kaya lebih cenderung untuk curang kerana kebanyakan perempuan mudah ditekel dengan handbag Gucci dan juga kasut Padini.

2) Handsome

- muka yang jambu dijadikan faktor curang. Walaupun miskin, papa, kedana, sengkek, tapi asal ada rupa, mak-mak datin senang dijadikan mangsa.

3) Bosan
- perhubungan selama 5tahun akhirnya diakhiri ditamatkan kerana bosan. Tiada aktiviti yang menyeronokkan seperti mula-mula bercinta.

4) Menyampah

- mungkin dah penat melayan kerenah bini/awek yang terlalu mengada-ngada atau demand lebih, akhirnya curang menjadi penyelesaian. Selama ini, selalu menipu untuk menjaga hati pasangan, tetapi hakikatnya, ...

5) Counter-Curang

- si pasangan perempuan memulakan langkah curang, akhirnya lelaki juga mulai mencari ruang-ruang kosong untuk counter-curang. Konsep ini diberi nama fair and square.

6) Terlanjur
- kegiatan lelaki perampas dara perempuan. Apabila sudah mencapai target untuk terlanjur bersama pasangan, maka mangsa seterusnya dicari.

7) Queen Control

- lelaki yang selalu menjadi mangsa kepada bini/awek selalunya akan bertindak secara senyap-senyap. Walaupun pada fizikalnya nampak biasa, tetapi adanya satu perasaan ingin memerintah di dalam hati.

8) Selekeh

- sama seperti perempuan, imej adalah satu perkara penting di dalam hidup. Bini/awek yang selekeh juga boleh menjadi faktor lelaki curang.

9) Cinta lama

- sama seperti drama-drama TV indonesia yang selalu ditayangkan di media prima, awek lama yang muncul kembali juga boleh menjadikan seorang lelaki itu curang kepada pasangannya. Lebih-lebih lagi, jika si awek lama bagi greenlight

10) Sangap lebih

- nafsu lelaki yang tak dapat dikawal juga menjadi punca berlakunya curang. Lebih-lebih lagi, jika tuntutan nafsunya tidak dapat dilayan oleh pasangan
.

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Networks Media All Rights Reserved