Minggu lalu baru sahaja berkongsi foto seorang pelakon terkenal yang dikatakan teruk dihentam oleh pengikut laman sosialnya gara-gara memuat naik sebuah foto pelik sehingga ada menyatakan ia seolah-olah wajah dajal.
Susulan daripada isu tersebut, Fouziah Gous yang ditemui pada Sabtu lalu telah menyatakan bahawa, perkara itu tidak sepatutnya timbul dan mengingatkan para pengikutnya agar tidak terlalu sensitif dengan setiap perkara yang dilihat di laman sosial.
Saya rasa itu sangat bodoh. Awak ada aplikasi (mirror apps) yang boleh buat apa sahaja termasuklah mengubah bentuk wajah kita.
Kamu semua tahu ke apa itu dajal? Dari segi rasionalnya, benda itu sangat kelakar. Awak boleh nampak ada dua biji mata kat tengah tu.
Kita sebagai orang Islam yang berpelajaran, tahu menggunakan kemudahan internet dan kita juga boleh cipta macam-macam dengan aplikasi tersebut, jadi berfikiran positif. Sebagai orang Islam, jangan terlalu sensitif dan saya rasa benda itu sangat bodoh.
Fouziah Gous & tunang tercinta, Md Zhafran Md Yusof
Tergelak, Fouziah Gous menyatakan perkara tersebut hanya satu gurauan.
Bukan kesalahan, mungkin nak jadikan itu sebagai isu. Sebagai orang Islam, awak tahu ke macam mana wujudnya bentuk dajal?
Apa yang kita selalu dengar, dia adalah berbentuk segitiga dan di tengah-tengahnya ada sebiji mata. Jadi, saya rasa kalau kita tengok balik gambar itu, dia ada dua biji mata dan tak ada kena mengena langsung. Benda itu tak ada apa-apa. Cuma kartun sahaja.
Beralih kepada soal perkahwinan, Fouziah yang telah mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihannya, Zhafran sejak Jun lalu akui kini mereka sedang sibuk menjalankan persiapan dan dalam proses memilih tarikh yang sesuai.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment