Air Asia Kaut Untung TERSEMBUNYI RM4 Di Setiap Transaksi Online


Air Asia mengenakan caj pemprosesan tersembunyi terhadap pembelian tiket online melalui kad debit dan kredit dedah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Pengguna mengadu bahawa apabila mereka membeli tiket atas talian menggunakan kad debit mereka dikenakan caj sebanyak RM4 manakala bagi pembelian menggunakan kad kredit mereka dikenakan caj sebanyak RM8.

Caj ini dikenakan tampa sebarang pengumuman daripada syarikat tersebut. Apabila pihak PPIM menelefon Air Asia, wakil mereka memberitahu bahawa caj berkenaan dikenakan kerana kenaikan harga bahan api yang diumumkan semalam sedangkan caj ini telah dikenakan sejak dua minggu lalu.

Sehubungan itu PPIM mahu kerajaan mewujudkan mekanisma untuk memantau syarikat penerbangan daripada mengenakan caj yang tidak sepatutnya kepada pengguna.

Mekanisme pemantauan itu perlu agar syarikat penerbangan tidak mengenakan caj sewenang-wenangnya dan jika tiada tindakan diambil tidak mustahil syarikat penerbangan lain akan menggunakan alasan yang sama untuk mengenakan caj kepada pengguna.

Pemantauan boleh dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Korperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Networks Media All Rights Reserved