Di sebalik kerjayanya sebagai seorang pelawak, tiada siapa menyangka Johan Raja Lawak ini merupakan seorang suami yang romantik terhadap suri hatinya, Ozlynn.
Menerusi Metro Ahad, Johan dilaporkan sanggup berhabisan sebanyak RM200,000 untuk memenuhi impian isterinya memiliki sebuah beg berjenama mewah Birkin yang hanya mampu dimiliki oleh golongan-golongan tertentu sahaja.
Wah beruntung Ozlynn dapat suami penyayang macam Johan kan.
Cakap sahaja, terus dapat. Yelah, mungkin Johan mahu membalas jasa isterinya yang juga menjadi pengurusnya.
Tugas Ozlynn sebagai pengurus bukannya mudah, dia perlu sentiasa menemani suaminya ke hulu ke hilir dalam usaha untuk memastikan kerjaya suaminya itu sentiasa berjalan lancar dari masa ke semasa.
Oleh: AUDREY LEE
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment