Isteri Bunuh Suami Selepas Seminggu Berkahwin Dibebas


Wanita yang dituduh membunuh suaminya selepas seminggu berkahwin, Jordan Linn Graham, 22, diarah bebas dari penjara oleh hakim Mahkamah Persekutuan di sini sementara menunggu perbicaraannya kelak. Sebelum ini, Graham dituduh menolak jatuh suaminya, Cody Lee Johnson, 25, dari tebing curam di Taman Negara Glacier sehingga menyebabkan kematiannya pada 7 Julai lalu.

Keputusan tersebut nyata mengecewakan keluarga Cody sehingga tidak mahu memberi sebarang kenyataan kepada pihak media. Hakim menegaskan bahawa wanita itu tidak menunjukkan tanda-tanda berbahaya kepada komuniti dan akan menjalani perintah tahanan di rumah selain mendapatkan rawatan kesihatan mental.

Mengimbas kembali kejadian itu, Cody Lee ditolak jatuh oleh Graham sewaktu pertengkaran di antara mereka. Graham yang pada mulanya menafikan kejadian itu dengan mengatakan suaminya keluar bersama rakannya akhirnya mengaku selepas beberapa hari siasatan. 

sumber :Mynewshub
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Networks Media All Rights Reserved