Nama Tom Neuwirth, 24, mungkin kurang dikenali di Eropah, namun jika disebut Conchita Wurst, pasti ramai itu sudah sedia maklum akan ‘keanehan’ individu ini.
Berjaya mencetuskan kontroversi dengan mewakili Austria dalam Pertandingan Nyanyian Eurovision 2014 di Denmark, penyanyi itu mempunyai dua identiti yang berlainan pada dirinya.
Dilahirkan sebagai seorang lelaki, namun Tom mempunyai kecenderungan untuk bergaya seperti seorang wanita dalam setiap persembahannya.
Di setiap persembahan pentas, dia akan memakai pakaian wanita dan solekan tebal serta berjambang.
Berjambang? Ya, itulah identiti unik yang dikekalkan oleh jejaka ini biarpun segala-galanya sudah hampir menyerupai wanita.
Menurutnya Conchita, dia merasakan bahawa terdapat dua jiwa yang sedang berada di hatinya iaitu seorang lelaki Austria dan seorang penghibur wanita Colombia.
Biarpun dikenali sebagai wanita di atas pentas, sebaik sahaja tamat persembahan dia akan kembali semula menjadi Tom.
Tambahnya lagi, kehidupannya sangat menyeronokkan kerana dapat hidup dalam dunia fantasi yang diingini bila-bila masa.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment