Tiga suspek telah ditangkap oleh polis Brazil kerana disyaki kanibal yang telah membunuh
dan menjamah tubuh sekurang-kurangnya dua orang wanita yang mereka mungkin telah
Makanan ini turut dijual kepada jiran-jiran suspek.Mereka telah dikenalpasti sebagai Jorge Beltrao Negromonte dan ElizabethPires da Silveira,
kedua-duanya berusia 51, dan Bruna da Silva. Polis mendakwa mereka berniat untuk
membunuh tiga wanita setiap tahun.
Polis bertindak selepas dua mayat ditemui di halaman rumah ketiga-tiga mereka.Polis
percaya bahawa itu adalah mayat Alexandra Falcao, 20 dan Gisele da Silva, 30, kedua-duanya
hilang baru-baru ini.
Suspek telah menarik perhatian mangsa dengan menawarkan mereka pekerjaan menjaga anak
dengan gaji yang lumayan sebelum menjadikan mereka mangsa apabila konon-kononnya ada
semangat yang memberi amaran kepada suspek bahawa kedua-dua mangsa adalah orang yang
jahat.Suspek juga mengatakan bahawa mereka "membantu" membersihkan dunia daripada
manusia yang tidak baik.
"Butir-butir tindakan ketiga-tiga mereka, dengan lukisan dan penjelasan mengenai kanibalisme
telah dijumpai di dalam buku 50 halaman yang ditulis oleh Da Silveira, suspek yang merupakan
pemegang diploma dalam bidang pendidikan dan tali pinggang hitam dalam karate,"Kata Encik
Honorato, jurucakap polis tempatan.
"Ketiga-tiga suspek juga memakan daging mangsa dengan tujuan untuk membersihkan jiwa
mereka sendiri."
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment