Kenapa Kereta Sekarang Mudah Kemek?

Banyak yang bertanya, marah, ada juga yang mengamuk bila kereta kemek, kan? Memang mahal kos bagi membaiki kenderaan kemek. Tapi, kita juga perlu sedar bahawa nyawa adalah anugerah yang paling bernilai. 



Kita ada insuran untuk kos membaiki kenderaan, tapi tidak nyawa. Jika dilihat, pembuatan kereta pada zaman 90-an seperti proton saga, bahagian bumper hadapan pun turut menggunakan besi aluminium. 

Tetapi kini, untuk mengurangkan kos, Proton telah menggunakan bahan fiber dan apabila berlakunya hentakan, bumper tersebut akan pecah seakan-akan plastik keras.





Mungkin ada yang tidak tahu, bahawa bahagian depan kenderaan sememangnya direka untuk kemek. Kawasan ini dipanggil zon kemek (crumple zone) yang berfungsi sebagai penyerap sebanyak mungkin hentakan sebelum tenaga hentakan ini dipindahkan kepada penumpang kenderaan.

Contoh ujian yang dapat dilakukan bagi membuktikan teori ini adalah denganmenghentak tangan anda kepada tilam spring dan kayu. Sudah pasti menghentak tangan pada kayu adalah menyakitkan daripada memukul tilam bukan? 

Dalam kes ini, tilam telah menyerap semua tenaga dengan “mengemekkan” dirinya. Jangan cuba menghentakkan tangan pada kayu.
Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Unknown said...

woi letak iklan tu agak2 la,bek tak payah buat entry lgsung,mau tak mau je baca entry ni...


27 August 2013 at 18:58

Post a Comment

 
© Networks Media All Rights Reserved