Kereta Sport Keluaran Negara Arab


Kereta pertama keluar di negara arab iaitu LykanHypersport 

Sebuah kereta buatan firma Lebanon, W Motors yang bernilai £2.2 juta (RM10.65 juta) dipamerkan pada Pertunjukan Kereta Antarabangsa Qatar di sini kelmarin.

Menurut akhbar dalam talian MailOnline semalam, kereta sport LykanHypersport itu lebih mahal berbanding Bugatti Veyron yang berharga £1.5 juta (RM7.26 juta).





Ia merupakan kereta sport pertama buatan negara Arab.Bagaimanapun,LykanHypersport masih belum dapat menandingi kelajuan Bugatti Veyron.Kereta sport LykanHypersport mencatatkan kelajuan 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam tempoh 2.8 saat.






Kelajuan maksimum kereta itu ialah 395 km/j.Kereta sport Bugatti Veyron pula mencatatkan kelajuan 0 hingga 100 km/j dalam tempoh 2.5 saat.

Kelajuan maksimum kereta itu ialah 431.072 km/j.Kereta sport LykanHypersport itu dihasilkan dengan kerjasama firma Magna Steyr Italia, RUF Automobile, Studiotorino, Viotti, dan ID4MOTIO.


Hanya tujuh buah kereta itu yang akan dikeluarkan dalam tahun ini.-Kosmo
Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

ISLAM said...

harap mahal tp xley blah.. hahahaha


27 August 2013 at 15:12

Post a Comment

 
© Networks Media All Rights Reserved