Rasanya, hampir semua hotel menawarkan perkhidmatan yang terbaik untuk para tetamunya. Berbeza dari yang lain, hotel di Belanda ini malah ingin jadi yang terburuk. Hans Brinker Budget Hotel di Amsterdam bangga menjadi hotel paling buruk di dunia.
Tak ada dewan depan yang rapi dan indah dipandang, atau bilik yang bersih dan selesa kelihatan apabila memilih untuk menginap di hotel ini. Brinker Budget Hotel di Amsterdam, Belanda menawarkan pengalaman penginapan boleh dikatakan paling sadis.
Dari laman web rasmi Hans Brinker Budget Hotel, hotel ini mengaku yang paling murah dan jadi yang paling jelek di kelasnya. Dikatakan, mereka tidak mempunyai semua kemudahan hotel atau hostel pada umumnya. Mereka hanya mempunyai bilik yang mengandungi tempat tidur, bilik mandi dan loker untuk simpanan barang.
Salah seorang tetamu yang pernah menginap di sana menuliskan kesannya di TripAdvisor setelah menginap di sana. Ia berkata, hotel tersebut terasa seperti penjara. Katil besinya tua, dan lokernya tidak boleh ditutup dengan sempurna. Ia melanjutkan, berjalan di lorongnya seperti berada di rumah sakit tua yang sudah tidak dihuni lagi.
Di akhir komennya, tetamu ini mengatakan kalau Hans Brinker Budget Hotel sebagai hotel paling buruk yang ada di dunia. Ada juga yang mengatakan, lebih baik tidur di pinggir jalan jika dibanding di hotel tersebut. Banyaknya pengadu tidak membuat pihak hotel memperbaiki kemudahan. Malah, mereka menjual ketidakselesaan ini sebagai daya tarikan mereka.
Hasilnya menakjubkan. Banyak pelancong yang ingin menginap di sana. Kebanyakan mereka mahu mencuba kerana rasa ingin tahu. Mereka ingin merasakan sendiri seperti apa rasanya bermalam di bilik-bilik hotel paling buruk di dunia.
Untuk menginap di sini, tetamu dikenakan bayaran yang tidak terlalu banyak, dalam standard hotel di Eropah. Satu malam di sana, dengan pengalaman paling buruk, penginap perlu membayar 23-54 Euro sahaja.
sumber ; http://wwwsaja-saja.blogspot.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment