Terdapat perbezaan yang jelas di antara jadual harian bagi seorang perempuan yang bergelar isteri dengan lelaki yang bergelar suami. Jika diteliti sememangnya tugas perempuan adalah melebihi tugas lelaki dari segi kuantitinya. Senario ini bagaikan sudah jadi sebati dalam kehidupan masyarakat kita sekarang ini. Cuba teliti dengan sebaiknya situasi isteri, suami serta yang paling penting diri kita sendiri.
PAGI:
PEREMPUAN selalunya akan bangun awal sekitar jam lima atau enam sebab banyak kerja rumah perlu diselesaikan. Contohnya, kemas rumah, basuh baju, sidai baju, sarapan, siapkan anak ke sekolah atau hantar. Kemudian barulah ke pejabat.
LELAKI sebaik sedar dari tidur terus mandi dan bersiap-siap, kemudian sarapan dan terus pergi kerja.
WAKTU BEKERJA:
(9 Pagi Hingga 6 Petang)
(9 Pagi Hingga 6 Petang)
PEREMPUAN terpaksa bertungkus lumus siapkan segala kerja yang ada. Kalau tak disiapkan, kerja akan bertimbun dan kerja rumah menunggu bila pulang nanti.
LELAKI juga bekerja keras untuk sara keluarga. Tapi yang seronoknya lelaki tak perlu nak fi kir hal dekat rumah bila pulang nanti.
PETANG:
PEREMPUAN habis waktu pejabat terus pecut pulang ke rumah sebab nak jemput anak dari sekolah atau nursery.
Setibanya di rumah ada kalanya sampai tak sempat tukar baju kerja, isteri dah mula tanak nasi di dapur. Lepas mandi mulalah tergesa-gesa ke dapur untuk sediakan makan malam untuk keluarga.
LELAKI pula ada yang berseronok mengisi masa petang dengan bersukan…main badminton lah, pingpong, tenis, futsal pun ada. Lepas tu pulang ke rumah mandi, rehat dan tunggu untuk makan malam.
MALAM:
Selesai saja menjamu selera bersama keluarga…
PEREMPUAN perlu mengemas dapur. Kalau menonton TV sekalipun, tangan masih lagi melipat baju sambil tengok anak-anak buat kerja sekolah. Dalam masa sama, perlu juga menggosok baju untuk hari esok. Jam 10 malam perlu tidurkan anak sebab esok nak sekolah.
LELAKI pula, lepas makan malan duduk tergedang tengok TV sambil baca akhbar. Kadang-kadang ada juga yang suka luangkan masa untuk online.
MASA UNTUK BERSAMA:
PEREMPUAN lazimnya sudah keletihan, mana taknya bayangkanlah non-stop dari pagi dah macam gasing. Asal letak kepala aje terus lena…
LELAKI pula kadang-kadang asyik pandai merungut si isteri asik tidur awal dan tak melayan kehendak batin katanya… Salah siapa???
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment