Ini kerana, jika anda menonton drama bersiri Benci VS Cinta di Astro, anda pasti perasaan bagaimana gandingan Nora dengan Randy Pangalila kelihatan agak kekok. Watak remaja yang cuba dibawa oleh Nora sedikit hambar hingga mencacatkan jalan cerita.
"Memang saya segan membawakan watak-watak comel dan manja kerana rasa tidak sesuai dengan diri saya. Cukuplah watak itu pernah saya bawa sebelum ini.
"Tambahan pula dengan status saya sebagai ibu serta usia yang semakin meningkat, mungkin saya memerlukan watak-watak yang lebih matang," katanya kepada media.
Untuk info, Nora tercalon bagi pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin 2013 melalui drama Di Bawah Langit Mu.
Bagi yang tidak tahu juga, Nora kini sibuk dengan persiapan teater muzikal Bahayanya Wanita yang bakal dipentaskan bermula 20 hingga 31 Disember depan di Istana Budaya. Dalam teater itu, buat pertama kalinya Nora akan menyanyi lebih daripada lima buah lagu.
"Dalam banyak-banyak perkara, menyanyi adalah cabaran paling sukar sekali.
"Iyalah, saya bukannya pandai menyanyi sangat. Sehinggakan saya membuat latihan dengan menyanyi karaoke di rumah. Dan pada masa sama mengharapkan agar lagu-lagu yang saya bawakan itu dirakamkan terlebih dahulu sebelum pementasan," ujarnya sebagai berkata.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment