“Filem ini merupakan filem kedua saya yang menjalani penggambaran di hutan. Orang selalu cakap, jika ‘shooting’ di dalam hutan, lebih-lebih lagi filem seram, boleh jumpa ‘perkara’ tersebut. Saya hanya mengikut pesanan ibu yang selalu mengingatkan saya untuk meminta izin dahulu sebelum melakukan apa-apa perkara,” jelas Fasha memulakan bicara.
“Sebelum saya memulakan penggambaran, saya minta izin terlebih dahulu dengan berkata, saya minta maaf dan minta izin, saya sedang bekerja, mohon jangan ganggu saya. Saya juga selalu beringat, jika berada di tempat orang, saya kena berhati-hati. Saya tidak akan membuang sampah merata-rata dan sebagainya. Syukur, ‘perkara-perkara’ tersebut tidak berlaku kepada saya,” tutur pelakon drama ‘Cinta Elysa’ ini lagi.
Memegang watak sebagai Sharifah Zaharah, Fasha juga mendedahkan dia mempelajari cara untuk bercakap dalam Bahasa Arab dengan betul selama lebih kurang dua bulan.
Dalam pada itu, Fasha juga mendedahkan yang dia sangat kagum dengan Ellie Suriati selaku pengarah filem ini. Bagi Fasha, Ellie seorang yang bersungguh-sungguh dan berkomitmen tinggi.
“Saya amat kagum dengan Ellie. Dia sangat bersungguh-sungguh dalam menghasilkan filem ini. Kami menjalani penggambaran sewaktu dia sedang hamil. Jadi bayangkanlah, dia berlari ke sana sini dari satu lokasi ke satu lokasi dan memberikan komitmen yang sangat tinggi walaupun dia hamil,” dedah Fasha lagi.
Dalam perkembangan terbaru, Fasha baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama bagi slot Cerekarama yang bakal bersiaran di TV3 berjudul ‘Racun Ibu’. Drama tersebut merupakan terbitan A. Aida Productions dan menggandingkan Fasha bersama Farid Kamil dan Fauziah Nawi.
sumber: http://www.gua.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment