Anda fikir Aaron Aziz dan Tiz Zaqyah bercuti bersama hingga ke New York, Amerika Syarikat? Adakah mereka makan angin berdua sahaja? Jawapannya, mestilah tidak sama sekali. Ini kerana Aaron telah terbang ke NYC terlebih dahulu bersama isteri dan anak-anaknya pada 31 Oktober lepas.
Manakala menerusi laman sosial Tiz, aktres Jodoh Itu Milik Kita ini dilihat menyusul dan mengikuti jejak Aaron ke sana beberapa hari selepas itu. Di fahamkan kedua-duanya mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk menjalani penggambaran.
Namun apa yang lebih perhatian kami ialah gelagat anak-anak Aaron yang terlalu teruja kerana dapat menjejakkan kaki ke kota yang penuh dengan bangunan pencakar langit itu.
Menerusi Instagram isteri Aaron, anak sulung mereka, Danish Anaqi terlampau gembira apabila berpeluang mengambil gambar berdekatan dengan monumen kebanggaan Amerika iaitu Statue of Liberty.
Malah pada usianya 5 tahun, Danish pernah berdoa supaya impiannya untuk melawat tempat bersejarah tersebut dimakbulkan. Bagaimanapun, bagi yang belum melihat foto-foto percutian keluarga bahagia ini, di sini di sertakan beberapa keping untuk tatapan anda.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment