Linda Hashim Tak Suka Masuk Dapur


Di sebalik keayuan wajahnya tiada siapa menduga, pelakon Linda Hashim, 29, merupakan seorang yang berperwatakan tomboi ketika di zaman kanak-kanak dan remajanya.

Menurut kakak kandung Linda, Nor Hazrin Hashim, 30, disebabkan kelakuan dan tingkah lakunya yang kasar itu juga membuatkan adiknya itu agak liat untuk masuk ke dapur membantu ibu mereka pada waktu itu.

“Tak dinafikan dengan sikap tomboinya, dia susah nak tolong mak memasak walau puas disuruh. Namun, selepas emak meninggal segalanya berubah kerana Linda mula ‘masuk dapur’,” ujarnya yang dipetik menerusi laporan Harian Metro, hari ini.

Selain itu, Hazrin turut mendedahkan Linda merupakan seorang yang sangat berahsia terutama apabila melibatkan hal percintaannya.

Malah, dia turut mengetahui adiknya bercinta dengan Beego di saat-saat akhir mereka mahu disatukan.

Linda yang kini sedang hamil cahaya mata sulungnya selamat diijabkabul dengan Beego pada 7 Jun lalu di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Networks Media All Rights Reserved