Gantung itik panggang tepi longkang

Gantung itik panggang tepi longkang
Itik yang digantung di pintu belakang premis tepi longkang sebelum dihidangkan kepada pelanggan.

BATU PAHAT – Menjijikkan! Tetapi, itulah yang dilakukan pengusaha sebuah restoran di sini, yang menghidangkan itik panggang digantung pada pintu belakang premis berhampiran longkang kepada pelanggannya.
Perkara itu terbongkar apabila Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat dan Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) mengadakan operasi di sekitar daerah ini, semalam.
Lebih meloyakan premis itu turut dihuni pelbagai jenis serangga seperti lipas selain tidak mengamalkan kebersihan dalam penyediaan makanan.
Pegawai Kesihatan Daerah, Dr Noorhaida Ujang berkata, premis tersebut diarah tutup sementara mengikut Seksyen 10 Akta Makanan 1983 dan turut dikompaun di bawah Akta Jalan Parit dan Bangunan dan Undang-Undang Kecil (Kekotoran) pihak berkuasa tempatan (PBT).
“Restoran berkenaan diarah tutup untuk kerja pembersihan selama 14 hari dan pemilik boleh membuka semula premis itu selepas kerja tersebut selesai.
“Namun, jika premis itu dibuka juga tanpa dibersihkan, pemiliknya boleh dikompaun sehingga RM5,000 dan boleh dipenjara sehingga dua tahun,” katanya kepada Sinar Harian.
Tegasnya, operasi akan dilakukan lebih kerap bagi memastikan pengusaha restoran menyediakan makanan  bersih untuk pelanggan.
Noorhaida turut menasihatkan pemilik kedai makan supaya mengamalkan aspek kebersihan dalam penyediaan makanan dan premis mereka.
“Kita tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap premis yang degil.
“Operasi ini diadakan bagi menurunkan kadar penyakit berpunca daripada makanan yang tidak bersih,” katanya – Sinar Harian
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Networks Media All Rights Reserved